6.0 PENGAJARAN
Intihanya,
Kita perlu ingat kembali tentang perkara yang berlaku dalam negara,
kita maju setapak demi setapak dan ini bukan mudah. Jadi, apa-apa sahaja
perkara yang dapat menyebabkan kekecohan dan merosakkan ketenteraman
awam perlu dielakkan.
Semua pihak perlu sedar akan pentingnya
memupuk dan menjaga perpaduan masyarakat di negara kita. Sesungguhnya,
sekali kita leka dan lali serta memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya
kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata
dan tindakan buruk padahnya. Kini, kita
berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan
adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu
padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang
teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula
dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti
keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai.
No comments:
Post a Comment