Thursday 29 September 2016

3.0 Masalah-Masalah Perpaduan Kaum Rakyat Malaysia




3.0 MASALAH-MASALAH PERPADUAN KAUM RAKYAT MALAYSIA
    Kerajaan menghadapi masalah perpaduan apabila tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Hasil kajian yang dijalankan, masalah-masalah yang wujud ini boleh dikenal pasti melalui beberapa situasi meliputi ekonomi, politik  dan sosial.


        3.1. Pemisahan Tempat Tinggal / Penempatan


  •    Memudahkan sistem perekonomian dan perhubungan
  •    Kesan pemecahan yang dilaksanakan oleh British
  •    Tidak memungkinkan masyarakat bercampur gaul dan memahami budaya dan adat resam orang lain
         
        Faktor pemisahan tempat tinggal :
  •    Mereka rasa lebih selamat tinggal  bersama kenalan terutama bagi medapatkan batuan semasa kesusahan.
  •    Kurang memahami budaya, agama, adat resam dan pantang larang kaum-kaum lain menyebabkan mereka takut untuk tinggal dalam kelompok kaum lain kerana takut tercetusnya perselisihan.
  •     Mereka rasa percampuran dan pergaulan boleh membahayakan mereka dari segi politik atau ekonomi.
     3.2. Perbezaan Tumpuan Sektor Ekonomi
  •     Pengelompokan petempatan mengikut kaum lahir ekoran pengasingan sektor ekonomi setiap kaum.
  •     Akibat tumpuan tertentu, orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan nelayan, orang Cina digalakkan untuk bergiat dalam sektor perdagangan dan perlombongan sementara orang India dikekalkan di este-este.
  •     Aktiviti ekonomi berbeza tidak memungkinkan setiap kaum untuk bertemu dan bergaul.
  •       Hanya ada pertemuan masa berurusan perniagaan dan ketika mendapatkan perkhidmatan kerajaan
     3.3. Pengasingan Sistem Pendidikan
  •     Wujud kepelbagaian sekolah mengikut kaum berdasarkan tempat tinggal masing-masing disebabkan sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh British.
  •     Pelajar Melayu hanya ada dua jenis sistem pendidikan, iaitu sekolah vernakular Melau ataupun beraliran Inggeris.
  •       Bagi masyarakat India, sekolah Tamil dibuka di estet-estet. Mutu pengajaran oleh guru dari India sangat rendah. Tiada bahasa Tamil pada peringkat menengah. Justeru, mereka tidak berpeluang mendapat pekerjaan yang baik dan terpaksa bekerja di estet.
  •    Orang Cina mempunyai sistem pendidikan sendiri dan terkenal dengan tradisi mementingkan pendidikan anak-anak. Guru-guru dan buku teks yang digunakan di sekolah dibawa dari negara China. Justeru, pelajar Cina lebiih mementingkan pergolakan politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di negara China berbanding dengan perkembangan Tanah Melayu.
     3.4. Fahaman & Pengaruh Politik yang Berbeza
  •       Bagi kaum India & Cina, hal-hal yang berlaku di negara asal adalah lebih penting daripada isu politik di Tanah Melayu.
  •       Setiap kaum sentiasa berusaha mengekalkan identiti kaum, bahasa & budaya masing-masing dengan menggunakan media-media & saluran-saluran seperti pendidikan, program keagamaan, akhbar & persatuan-persatuan social.
  •       Pada tahun 1930-an, telah berlaku pergeseran antara orang Cina dgn Jepun. Ramai orang Cina di Tanah Melayu terdorong untuk kembali ke tanah air mereka bagi membantu sanak saudara mereka.
  •     Orang India menganggap India sebagai tanah air mereka & berharap untuk kembali. Persatuan persatuan India juga muncul lebih cepat seperti Persatuan India Pusat pada tahun 1937 yang memperjuangkan pekerja-pekerja India.
  •      Orang Melayu, pastikan hak & kepentingan mereka. Situasi ini tergambar sebagaimana yang diperjuangkan oleh orang Melayu melalui tulisan-tulisan mereka dalam majalah-majalah seperti Saudara, Pengasuh, Utusan Melayu, Warta Malaya dan Majlis.
  •     Fahaman politik yg berbeza menyebabkan kesukaran PERIKATAN utk menang 2/3 majoriti dlm Pilihan Raya 1969. Walaupun pada waktu itu MCA dan MIC telah anggotai PERIKATAN.
  •    PERIKATAN berjaya memenangi 67 dpd 104 buah kerusi.
     3.5. Masalah Ekonomi
  •       Orang Melayu & penduduk asli lain menguasai bidang yang mundur iaitu kerja yang memerlukan banyak tenaga manusia & berteknologi rendah sementara pulangan & gajinya yang rendah.
  •    Orang Melayu lebih kuasai sektor primer. Orang Cina pula kuasai sektor yang lebih maju & berteknologi moden.
  •    Ketidakseimbangan pendapatan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui antara satu sama lain. Orang Melayu mencemburui kemewahan & kejayaan orang Cina, sementara orang Cina & India mencemburui kelebihan orang Melayu yang dapat peluang perkhidmatan dalam sector-sektor pentadbiran awam.
     3.6. Perbezaan Kepercayaan atau Agama
  •       Setiap kaum menganut agama yg berbeza-beza. Namun, masih ada kaum-kaum ini yang menganut agama yang tidak majority dalam kelompok mereka seperti India-Muslim & Cina beragama Kristian.
  •    Kaum Bumiputera di Sabah & Sarawak menganut agama Kristian.
     3.7. Penggunaan Akhbar yang Berbeza-beza
  •     Cina, uatamakan perkembangan & kejadian yang berlaku di negara Cina. Perkembangan ini memperkenalkan semangat kecintaan kepada tanah air asal & kaum masing-masing sahaja serta menyulitkan mereka untuk memahami bahasa, budaya & sensitivti kaum-kaum lain.
  •    Tamil, menonjolkan berita di India.
    3.8. Pemerintahan Jepun
  •      Tanah Melayu, Sabah & Sarawak dijajah oleh Jepun dari tahun 1942-1945.
  •     Jepun amalkan sikap berat sebelah dengan anti-China & beri peluang kepada orang Melayu terlibat dalam sektor pentadbiran. Apabila Jepun menyerah kalah, iaitu sebelum pihak British kembali ke Tanah Melayu.
  •       Ramai kaum China yang anggotai pasukan Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun atau dikenali sebagai Bintang Tiga telah keluar dari hutan & membalas dendam terhadap orang Melayu.
  •    Pergaduhan yang berlaku melibatkan banyak kematian.
 

7 comments: