Thursday 29 September 2016

2.0 Rusuhan Kaum 13 Mei 1969



  2.0 RUSUHAN KAUM 13 MEI 1969






  •     Rusuhan kaum telah berlaku pd 13 Mei 1969, terutama antara kaum Melayu dengan Cina.
  •    Tragedi ini berlaku sebaik sahaja selepas Pilihan Raya 1969 di mana parti-parti pembangkang, terutama Parti Tindakan Rakyat (DAP) dan Gerakan mendapat kemenangan yang memberangsangkan.
  •    DAP dan Gerakan telah mengadakan perarakan besar-besaran pada 11 dan 12 Mei 1969 yang sesetengahnya adalah tanpa izin daripada pihak polis. Perarakan ini sebenarnya merupakan kesinambungan daripada peristiwa perarakan jenazah yang dilakukan oleh parti Buruh pada 9 Mei 1969 terhadap seorang pemuda Cina yang terbunuh dalam pertempuran dengan pihak polis sebelum pilihan raya.
  •    UMNO yang rasa tercabar kemudian, turut mengadakan perarakan atas kejayaan mereka menubuhkan kerajaan selepas pilihanraya tersebut.
  •     Perarakan ini diketuai oleh Datuk Harun Idris, Menteri Besar Selangor.
  •     Perarakan ini telah mencetus rusuhan dan pergaduhan hingga terpaksa memanggil tentera untuk mengawal keadaan.
  •    Walaupun rusuhan hanya berlaku di kawasan yang terhad iaitu hanya di kawasan Kuala Lumpur dan di kawasan sekelilingnya sahaja, namun ia telah menyedarkan pemimpin-pemimpin negara untuk meneliti isu-isu  perpaduan dengan lebih serius.
  •    Tindakan awal yang dilakukan ialah menangkap tokoh-tokoh  yang menggalakkan rusuhan tersebut iaitu menangkap V. David daripada parti Gerakan ditahan selama 2 bulan dan Lim Kit Siang daripada Parti DAP dan ditahan selama setahun setengah, mengenakan perintah berkurung, mengawal berita-berita radio dan televisyen, menapis penerbitan akhbar-akhbar dan mengharamkan jurnal yang diterbitkan oleh parti-parti politik, sekaligus mengharamkan kempen pilihanraya.

1 comment:

  1. A fun new casino is available on this casino! - DRMCD
    A fun new 서귀포 출장샵 casino is 통영 출장마사지 available 나주 출장마사지 on this casino!. Play for real. Try our huge selection of 오산 출장마사지 slots. Our 김포 출장안마 casino offers over 300 casino games for

    ReplyDelete